Anda Ingin Mengelakkan Kerugian Dalam Bisnes Anda….…
Miliki Senjata Penjana Wang Automatik Di Internet Melalui Sistem Autoresponder Anda Sekarang…
Ketahui bagaimana memiliki dan memasang Autoresponder AWeber dari A sampai Z, langkah demi langkah, dan bila siap, anda mampu memiliki sebuah mesin pemasaran email yang akan bekerja 24 jam sehari sepanjang tahun…
Jika anda rasa anda sudah pakar dalam sistem Autoresponder maka sudah tentu anda telah menjana ribuan RM sekarang. Namun jika anda rasa anda masih memerlukan panduan yang bakal menjana ribuan RM melalui sistem Autoresponder maka di sinilah tempatnya. Saya tidak pasti anda boleh terjumpa laman web ini lagi dan jika anda bertangguh sekarang dan satu masa nanti anda perlu mencari laman web ini semula, dikala itu saya tidak jamin anda boleh menjumpainya. Oleh itu jangan tangguh dan baca surat ini.
Dari : Aminbeb (Team Autobiz)
Sahabat seperjuangan,
Apakah anda rasa anda mampu memasar dan menjual tidak kira sama ada produk anda sendiri mahupun produk-produk orang lain dari sistem ‘Affiliate’ yang anda sertai tanpa memiliki Sistem Autoresponder dan Sistem Email ?
Sebelum anda menjawab soalan tersebut mari kita lihat senario ini…
Katakan sekarang sudah ada satu laman web jualan anda sendiri yang menjual sebuah ebook yang telah anda susah payah menghasilkannya. Anda telah mengupah seorang penulis surat jualan dan mengupah seorang ‘designer’ bagi meghasilkan laman web jualan yang mampu menghasilkan jualan.
Selepas melakukan kempen pelancaran 1000 orang telah melawat dan hasil ‘conversion’ laman web jualan anda tersebut seramai 100 orang telah membeli. Ianya memang satu ‘conversion’ yang tinggi iaitu sebanyak 10%. Selepas 2 bulan pelancaran jualan anda mati disitu. Tiada lagi jualan dihasilkan.
Katakan pula pesaing anda juga mempunyai laman web jualannya dan jika dibandingkan laman web jualan anda dengan laman web jualan pesaing anda tersebut ternyata laman web jualan anda lebih ‘berpesuasif’ bermaksud lebih mampu menjual.
Namun apa yang berlaku selepas dilancarkan hanya 500 orang yang melawat. Jualan bulan pertama sebanyak 35 orang telah membeli, bulan kedua 40 orang telah membeli, bulan ketiga 30 telah membeli dan bulan keempat 25 telah membeli dan seterusnya setiap bulan ada sahaja jualan yang dilakukan.
Apa yang anda nampak dari senario ini?
Pesaing anda mampu melakukan jualan sebanyak 130 jualan sehingga bulan ke empat dan jualan terus berlaku setiap bulan manakala anda hanya melakukan jualan sebanyak 100 jualan hanya beberapa ketika selepas pelancaran sahaja dan jualan mati di situ.
KENAPA INI BERLAKU?
90% dari pelawat laman web jualan anda tidak melakukan belian dan ini merupakan satu kerugian buat anda. Ini kerana anda tidak melakukan usaha susulan @ ‘follow up’ terhadap 90% pelawat yang tidak membeli tersebut.
Pesaing anda pula yang hanya memiliki jualan sebanyak 35 unit sewaktu pelancaran, beliau melakukan ‘follow up’ terhadap 93% pelawat yang tidak membuat belian. Hasilnya 40 jualan terhasil pada bulan kedua. Beliau melakukan lagi ‘follow up’ dan hasilnya 30 julan terhasil pada bulan ketiga dan seterusnya. Tahukah anda bahawa pesaing anda tersebut memiliki sistem Autoresponder yang bekerja secara automatik?
Anda Perlu Sedar Kenapa Bakal Pembeli Tidak Melakukan Terus Belian Untuk Kali Pertama?
Jika bakal pembeli tidak melakukan belian untuk kali pertama melawat laman web jualan anda tidak bermakna ia memang tidak mahu membeli. Anda perlu sedar bahawa terdapat beberapa jenis bakal pembeli yang tidak terus membeli. Ini kerana sewaktu kali pertama melawat laman web jualan anda tersebut mereka :
- Sememangnya tengah kekurangan wang (mungkin gaji belum masuk)
- Sedang memikirkan perkara lain yang lebih penting
- Masih tercari-cari produk yang paling sesuai
- Menangguh niat untuk membeli dan berniat untuk membeli pada masa akan datang namun apa yang berlaku mereka lupa laman web jualan anda.
- Dengan kata lain belum bersedia untuk melakukan belian pada ketika itu…
Jadi untuk melakukan ‘follow up’ anda memerlukan satu sistem yang mempunyai integrasi antara Sistem Autoresponder yang akan mengumpul senarai nama dan email prospek serta Sistem Pemasaran Email yang mampu menghantar email secara berkala dan automatik kepada prospek.
Siapa Anda ?
Anda mungkin seorang yang :
- Telah memiliki sistem Autoresponder anda sendiri namun masih terdapat kekurangan di sana sini
- Telah memiliki sistem Autoresponder secara percuma
- Telah menggunakan sistem Autoresponder terutamanya Autoresponder AWeber namun tidak tahu bagaimana memanipulasikannya untuk dijadikan sebagai senjata menjana wang di internet
- Tergolong dalam golongan ‘intermidiate’ yang masih tercari-cari sistem Autoresponder yang sesuai untuk digunakan
- Masih baru dalam dunia perniagaan internet dan anda pernah mendengar tentang Sistem Autoresponder namun masih belum memilikinya kerana tidak tahu secara mendalam apa yang dikatakan dengan Sistem Auresponder
Tidak kisahlah siapapun anda namun anda mempunyai satu persamaan iaitu anda ingin memiliki sistem Autoresponder yang bukan sahaja berkesan malah menjadi satu senjata penjanaan wang buat anda. Bukan begitu?
Kenapa Autoresponder?
Oleh itu secara asasnya penggunaan Autoresponder amat penting dalam perniagaan internet anda supaya :
- Anda boleh kumpulkan seberapa banyak senaraian email prospek yang berpotensi
- Melakukan usaha-usaha ‘follow up’ bagi menghasilkan jualan berterusan melalui sistem email
- Mempunyai senaraian email prospek yang berpotensi yang boleh digunakan bagi kempen-kempen produk-produk terbaru anda mahupun produk-produk dari sistem ‘Affiliate’
Satu perkara yang perlu anda ingat bahawa membina senaraian email prospek berpotensi bermaksud membina aset perniagaan anda.
Walaupun anda telah tahu dan telah memiliki sistem Autoresponder namun anda masih menghadapi masalah…
Terdapat beberapa masalah yang anda hadapi atau bakal anda hadapi dalam melakukan pemasangan dan dalam menggunaan sistem Autoresponder.
- Tidak tahu secara tepat cara yang paling betul untuk memasang sistem Autoresponder
- Kehilangan ‘list’ atau senaraian email yang telah dikumpulkan
- Sistem Autoresponder yang digunakan tidak banyak kegunaan dan tidak mesra penguna
- Tidak tahu cara yang paling baik untuk mencipta borang ‘opt-in’ yang mampu mengumpul senaraian email anda
- Tidak tahu bagaimana untuk membina kempen email anda
- Tidak tahu bagaimana mencipta ‘reply’ email yang betul
- Dan banyak lagi masalah yang berkaitan dengan Autoresponder
Kenapa anda harus pilih AWeber sebagai sistem Autoresponder anda ?
Ramai yang mencadangkan newbie menggunakan sistem autoresponder yang percuma walaupun mereka menyedari hakikat kelemahan yang ada pada sistem autoresponder tersebut. Namun di sini saya tidak akan ceritakan lebih lanjut tentangnya mahupun tentang sistem Autoresponder lain. Di sini saya akan terangkan kenapa anda perlu menggunakan AWeber sebagai sistem Autoresponder anda.
Terlalu banyak sebab kenapa anda harus menggunakan AWeber. Antara yang paling utama untuk ada tahu adalah :
Mudah untuk digunakan
AWeber mempunyai kombinasi ciri-ciri ‘interface’ yang mudah untuk digunakan. Ianya sememangnya mesra pengguna dalam bentuk web. Jadi, anda tidak perlu untuk menjadi seorang pakar komputer untuk menggunakannya.
Skalanya berdaya maju dan mempunyai respon yang pantas
Anda perlu ingat bahawa untuk memiliki sistem penghantaran email yang cekap ia memerlukan satu server yang besar. Oleh itu melalui AWeber anda tidak perlu memiliki server anda sendiri. Rangkaian server AWeber direka secara modular bermaksud jika penambahbaikan diperlukan ianya dapat dilakukan dengan segera tanpa mengganggu sistem yang sedang berjalan.
Oleh kerana itu juga, setiap tindak balas Autoresponder AWeber bertindak dengan pantas dengan beberapa saat setiap respon yang anda perlukan dapat dilaksanakan.
Ciri-ciri ‘Built-in’ yang tiada hadnya…
AWeber autoresponder mempunyai pelbagai ciri ‘built-in’ yang tiada hadnya seperti :
- Pengurusan Auto Responder
- Penghantaran mesej-mesej susulan (follow up message) secara ‘Personal’
- Pengurusan kempen dan iklan
Pengurusan terbaik bagi ‘Subscription’
Salah satu bahagian terbaik AWeber dalam perkhidmatan auto respondernya adalah mempunyai ciri-ciri yang kaya dengan kawalan ke atas pengurusan ‘subscription’ email atau bagaimana urusan mengumpul email dari ‘subscriber’ mampu dilakukan dan dikawal dengan mudah.
Ini kerana beberapa ciri Aweber mampu:
- Menambah ‘subscriber’ menggunakan bentuk laman web dan secara manualnya manambah ‘subscriber’ menggunakan menu tambah ‘subscriber’
- Menambah akaun dan ‘list’ dari pelbagai file sokongan seperti CSV, Text file dan berbagai format senarai email
- Merakam IP address atas setiap pendaftaran oleh ‘subscriber’
- Merakam maklumat kawasan dari ‘subscriber’ seperti negara, negeri, bandar, poskod, latitud, longitud dan sebagainya
- Dan banyak lagi…
Mempunyai ciri ‘Tacking’ yang hebat
AWeber menyediakan ciri-ciri ‘Tracking’ yang hebat seperti:
- Jumlah alamat email yang telah dihantar
- Jumlah alamat email yang berjaya diterima desertai dengan maklumat terperinci
- Jumlah alamat email yang ‘bounced’ dengan maklumat terperinci
- Jumlah email yang dibuka dengan maklumat terperinci
- CTR @ Click Trough Rate atau dalam bahasa Melayunya kadar klik yang telah dilakukan ke atas email yang telah dihantar
- Dan banyak lagi…
Mempunyai ciri ‘Tracking’ kempen iklan yang ‘advanced’
Satu lagi ciri terbaik AWeber adalah ciri ‘Tracking’ yang ‘advanced’ ke atas kempen yang dilakukan. Anda bakal dibekalkan dengan maklumat dari kempen pemasaran email anda :
- Mempunyai sistem sokongan ke atas semua jenis kempen iklan termasuk email, web juga iklan bercetak
- Jumlah kempen iklan yang tiada hadnya
- Menerima laporan status dalam ‘Real time’ ke atas setiap iklan
Mampu menjadikan ‘newsletter’ email anda secara ‘Personal’
Setiap email yang dihantar ke ‘subscriber’ anda mampu dilakukan secara ‘Personal’. Ini penting bagi meningkatkan emosi pembaca.
Salam sejahtera “Nama Subscriber”,
“Nama Subscriber” akan digantikan dengan nama yang diberikan pada anda. Bukan hanya nama malah dari sistem ‘opt-in’ atau borang pendaftaran yang dibina anda mampu menghantar email ke atas kategori yang berlainan seperti kategori kumpulan umur, kumpulan kawasan dan pelbagai kategori mengikut kemahuan anda.
Antara ciri ‘Personal’ AWeber adalah :
- Nama penuh, nama pertama (first name) dan nama hujung (last name)
- Pembetulan bagi huruf besar secara automatik
- Alamat email
- Maklumat secara geografik seperti Negara, negeri, bandar, poskod, latitud dan longitud
- Tarikh : semasa, akan datang dan tarikh daftar
‘RSS / XML Feeds’ ke atas ‘Newsletter’ Email
Ini merupakan satu perkhidmatan yang eksklusif yang ditawarkan oleh Aweber. Dengan perkhidmatan ini ‘newsletter’ email anda boleh dihasilkan menggunakan ‘RSS/XML Feed’ anda. Aweber menggunakan teknologi penyiar @ feeds broadcaster technology yang unik yang mampu menukar RSS laman web atau laman blog anda kepada ‘newsletter’ jadi anda hanya perlu menulis satu perkataan kepada Aweber dan Aweber menukarkannya secara automatik.
Menghasilkan laporan yang ‘advanced’
Laporan merupakan bahagian yang penting dalam menganalisa sesuatu sistem begitu juga dengan sistem autoresponder anda. Dengan AWeber anda mampu mempunyai kawalan yang terbaik terhadap kempen pemasaran email anda. Antara beberapa ciri utamanyanya adalah ;
- Setiap aktiviti akan menghasilkan laporan statistik termasuk kadar berjaya, kadar ‘Bounce’, kadar klik @ CTR
- ‘Tracking’ atau pengesanan ke atas iklan subscriber
- Laporan pengimportan data ke CSV dan lain-lain format email
- Laporan penghantaran dalam bentuk geografik dan kadar penghantaran
Sesungguhnya terdapat banyak lagi sebab kenapa anda harus menggunakan AWeber dalam sistem pemasaran email anda. AWeber mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan ia faham apakah yang sebenarnya diperlukan oleh pemasar seperti anda.
Siapa saya dan bagaimana saya boleh membantu anda?
Nama saya Amin Fafizullah Omar atau dalam dunia internet tempatan lebih dikenali dengan nama Aminbeb. Saya merupakan usahawan internet separuh masa, dan saya telah mula berkecimpung dalam dalam arena pemasaran emel sebaik saja saya menjadi protege saifulsham, usahawan internet tempatan yang terkemuka.
Banyak juga topik yang dibincangkan di forum-forum berkenaan penggunaan sistem autoresponder. Malah, saya sendiri sering dihujani dengan emel yang menanyakan tentang permasalahan berkenaan sistem Autoresponder.
Saya merupakan seorang pengguna Autoresponder Aweber dan sistem ini telah banyak menjana wang buat saya di internet. Sistem sungguh mudah, terbukti berkesan dan sangat mesra pengguna dan banyak faedah yang saya perolehi dengan menggunakan AWeber.
Oleh itu bagi menyelesaikan banyak permasalahan dalam sistem Autoresponder terutamanya bagi mereka yang ingin menggunakan AWeber, saya telah pakejkan panduan Rahsia Manual AWeber yang mana segala maklumat yang diperlukan secara langkah demi langkah dari A sampai ke Z ke dalam sebuah ebook yang mudah untuk anda fahami. Mari saya perkenalkan,
MEMPERKENALKAN
Anda tahu bahawa anda perlukan Sistem Autoresponder bagi menjana wang di internet namun banyak masalah yang anda hadapi juga banyak perkara yang belum anda ketahui bagaimana mempunyai sistem Autoresponder yang berkesan
Jadi apa yang saya akan lakukan adalah memberikan anda satu panduan yang mudah difahami, langkah demi langkah bagaimana membina dan menggunakan sistem AWeber dan mula menjana wang darinya.
Antara perkara-perkara utama yang akan anda perolehi dari ebook “Pendedahan AWeber” adalah pendedahan :
| Bagaimana cara betul membuat persedian bagi menulis email. Jika tidak tahu susah untuk menghasilkan email yang tersusun rapi serta menarik perhatian | |
| Bagaimana untuk memiliki sistem Aweber. Jika tidak masakan anda boleh mempunyai sistem Aweber anda. | |
| Bagaimana mencipta kempen email, pengesahan email, email ‘follow up’, penyiaran email dan segala yang berkaitan dengan email. Jika tidak sistem email anda tidak akan menjadi | |
| Signature Email (Global Field)… apa dia dan apa kepentingannya dalam pemasaran email anda. Ketahuinya sekarang juga… | |
| Bagaimana membina aliran yang betul bagi sistem email tidak kira sama ada bagi melakukan kerja-kerja ‘follow up’, kempen-kempen mahupun membina hubungan rapat dengan prospek serta pelanggan anda | |
| Bagaimana dengan Aweber anda mampu melihat serta mengawal segala perjalanan sistem anda berjalan dan memastikan kempen anda berjalan dengan lancar | |
| Bagaimana untuk memindahkan ‘list’ atau senarai yang telah anda ada untuk dimasukkan ke dalam sistem AWeber. Akibat kalau tak tahu maknanya anda tidak dapat menggunakan list yang telah sedia ada | |
| Untuk memberi lebih emosi kepada pemasaran email anda ianya harus disuntik dengan ____________ . Tanpanya anda tidak mampu memberi suntikan emosi yang mampu mencipta jualan | |
| Tanpa borang ‘Opt-in’ anga tidak mampu mengumpul senarai email prospek anda, oleh itu dalam ebook ini anda akan pelajari bagaimana mencipta ‘opt-in’ yang mampu mengumpul limpahan prospek. | |
| Banyak lagi yang yang bakal dikongsikan kerana ini ebook ini mengandungi melebihi 100 muka surat jadi anda boleh bayangkan betapa lengkap maklumat yang bakal anda perolehi. |





















































Tiada ruang komen di sini.