Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan2….
Harini dah 2 hari tahun 2009. Terasa masa sangat pantas berlalu.
Apa yang anda telah capai tahun lalu? Puas hati?… atau kurang puas hati?
Saya pun tak sedar dah hampir 2 tahun menjalankan perniagaan
Internet secara sambilan.
Banyak pengalaman dan pembelajaran yang saya dapati sejak
terjun dalam perniagaan Internet ini walupun secara sambilan.
Tapi, rupa-rupanya apabila menceburi perniagaan, ia lebih lumayan
dari yang disangkakan dan yang paling penting kepuasan diri
yang tak terhingga. Masa bersama keluarga, anak-anak, sanak saudara
… apa saja yang kita mahu tiada siapa yang boleh menghalang kita.
Laman web yang pertama saya adalah ManualInternet.com menjual produk membina web jualan. Kini pada tahun baru saya cuba bangunkan satu lagi laman squeeze page yang pertama saya di laman TipEbook.com.
Dalam dunia usahawan internet ni, langkah pertama sebelum anda mulakan sesuatu perniagaan ialah dengan mengkaji pasaran yang ingin anda ceburi. Di sini saya ingin berkongsi satu panduan mengenai Rahsia Sumber Kajian Keyword Untuk Mencipta Produk Yang Menguntungkan!
Panduan ini adalah dalam Bahasa Melayu.
Namun apapun yang kita lakukan, perancangan yang betul dan juga
disiplin diri perlu dijaga. Sebaiknya lakukan ianya secara
profesional walaupun ianya kerja sendiri..
Hakikatnya tahun 2008 adalah tahun yang sangat bermanfaat
untuk saya. Anda bagaimana pula?
Apapun mudah-mudahan tahun 2009 ini akan menjadi tahun yang lebih
cemerlang untuk anda dan saya juga. Dan jangan lupa bersamalah kita
cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat juga…InsyaAllah.
Kerana walau siapa pun kita, akan kembali menemui Allah Yang Esa.
Tandanya umur kita semakin singkat.
Saya juga nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada
anda semua di atas sokongan yang bakal anda berikan
kepada saya selama ini. Tak kiralah secara direct atau indirect.
Selamat Tahun Baru 2009 & Maal Hijrah!





















































0 Comments.