Tip Ebook: Tip Membuka Akaun Perniagaan

Salam ceria kawan2,

Hari ni saya nak kongsikan tips untuk anda membuka
akaun semasa syarikat di bank.

 Sebenarnya dalam perniagaan Internet bukanlah satu kemestian untuk anda memiliki akaun syarikat. Akaun individu sahaja pun sudah memadai.

Tetapi mungkin anda lebih berminat untuk membuka akaun syarikat untuk meningkatkan lagi kredibiliti imej perniagaan anda.
Ya… itu bagi saya langkah yang baik. Namun, sekali lagi anda perlu memilih bank yang sesuai untuk urusan perniagaan Internet anda. Bank yang paling baik ialah Maybank.

Walaupun ada yang beranggapan, buka akaun syarikat
di Maybank ni memang agak melecehkan dan rumit. Seolah-olah
Maybank ni terlalu memilih sangat customer. Ya lah…
bank popular lah katakan. Mereka pun apa lagi.. jual
mahal lah… macam-macam syarat nak!

Tak apalah… kerana yang penting ia memberi kemudahan
terbaik jangka panjang untuk perniagaan Internet anda.

Syarat-syarat untuk membuka akaun syarikat di Maybank
ialah seperti berikut:

1) Untuk buka akaun syarikat, anda mestilah ada syarikat
dan membawa bersama sijil syarikat dan maklumat lampiran
pemilikan syarikat yang diberikan oleh SSM (Suruhanjaya
Syarikat Malaysia).
Bagi mendapat lebih kemudahan untuk
perniagaan Internet anda, jenis syarikat anda mestilah
pemilikan tunggal(enterprise) – ada sebabnya.

2) Jenis akaun untuk syarikat ialah akaun semasa (current account).
Anda mempunyai 2 pilihan samada Islamik atau non-Islamic.
Kedua-dua cara mohon sama sahaja.

3) Untuk apply Maybank2u online banking (pada saya
ini sebab utama kerana saya nak gunakan online banking),
syarikat anda mesti jenis pemilik tunggal (seorang nama pemilik
sahaja). Atau senang faham jenis syarikat enterprise.

Kalau syarikat Sdn. Bhd. anda tak boleh apply maybank2u
online banking kerana nama pemilikan lebih daripada seorang.

4) Untuk apply anda kena ada introducer/kawan yang dah setahun
mempunyai akaun semasa (individu atau syarikat) dengan Maybank.

Kalau syarikat anda yang lain sudah ada akaun dengan Maybank
dan sudah setahun juga boleh jadi introducer untuk diri sendiri.

5) Untuk buka akaun anda perlukan RM2000 sebagai deposit
akaun.

6) Anda juga perlu ada cop syarikat. Yang mudahnya buat
cop bulat ada nama syarikat dan nombor syarikat.

7) Mohonlah semua kemudahan iaitu Maybank2u dan phone banking.

=============================================

Itulah cara-cara ringkas untuk anda membuka akaun syarikat.
Anda bolehlah pergi ke cawangan Maybank terdekat dan tanya
lebih lanjut kerana sesetengah cawangan mungkin ada 1-2 perbezaan
dari segi cara memohon.

Bank lain saya tak galakkan kerana Maybank adalah bank
terbaik untuk perniagaan Internet anda.

 

 

 

Semoga bermanfaat.

 

Ikhlas dari,

Aminbeb

Apa pendapat anda tentang post ini?
Menakjubkan (0) Menarik (0) Berguna (0) Bosan (0) Hampeh (0)
  • Share/Bookmark

Anda mungkin meminati artikel ini:

  • Pemahaman Tutorial Asas Autoresponder
  • Autoresponder Atau Tidak? – Sejauhmana Ia Bermanfaat : Siri 2
  • Kesadaran Usahawan Internet 2010
  • Tip Ebook:  Cabar Diri Untuk Berjaya
  • Tip menghidupkan perniagaan internet anda
  • Tip Ebook: Faktor Kegagalan Ebiz
  • Buat Duit dengan software PERCUMA – Tanpa Kos
  • Buang Tarikh Pada Blog Anda
  • Elakkan Kejadian Bandwith Limit
  • Rahsia Ebiz: Lagi kemungkinan sebab kegagalan kita
Leave a comment

5 Comments.

  1. Salam..

    CIMB tak ok ke? Deposit perlukan RM2000 sahaja. ape extra yang maybank kasi berbanding bank lain.. buleh advise? tq

    [Reply]

  2. sorry..CIMB perlukan deposit RM1000 shj. Maybank perlukan RM2000..

    [Reply]

  3. tima kasih nene bagi pandangan. Sy tak dapat nak bagi pandangan mengenai cara membuka akaun syarikat melalui CIMB coz tak der penglaman

    [Reply]

  4. introducer kene ikut kita sekali ke masa nak buka acc?

    [Reply]

  5. hi salam..i nk open current account cimb bank tp introducer ssh la nk cari..sesiapa kt cni leh tlg x knl mana2 introducer?tq a lot..

    [Reply]

Leave a Reply


[ Ctrl + Enter ]

CommentLuv Enabled
:wink: :-| :-x :twisted: :) 8-O :( :roll: :-P :oops: :-o :mrgreen: :lol: :idea: :-D :evil: :cry: 8) :arrow: :-? :?: :!:
Security Code: